Monday, 21 April 2014

Sakit Gastrik Boleh Dirawat Dengan Set Shaklee


Kebiasaanya mereka yang terkena sakit gastrik adalah permulaannya disebabkan menangguhkan waktu makan. Semakin lama semakin teruk hingga boleh menyebabkan ulser perut.

Gastrik terbahagi kepada dua kategori iaitu:

1. Gastritis (keradangan lapisan mukosa (mucosa) yang melapik dinding perut)

2. Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam

(lebih teruk berbanding gastritis).


Dalam badan kita, sel perut akan menghasilkan asid hidroklorik iaitu mempunyai tahap kepekatan asidnya iaitu pH1 hingga pH2. Asid hidroklorik ini befungsi untuk untuk mencernakan makanan. Kepekatan asid ini mampu untuk menghakis kulit kita jika terkena. Bayangkan pH yang neutral adalah 7 dan ini pH1 pulak kan.

Untuk melindungi sel perut kita daripada terhakis dengan asid, lapisan mukosa terhasil bertindak sebagai lapisan pertahanan. Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Ulser mudah berlaku apabila lapisan pertahanan semakin lemah dan menyebabkan keradangan berlaku. Jika anda sakit perut semasa lapar bermaksud asid hidroklorik dirembas dengan banyak. Manakala sakit perut selepas mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda utama sakit gastrik adalah sakit perut seperti memulas (pada bahagian atas perut atau abdomen), senak, berangin atau pedih perut, ketidakselesaan perut, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah, boleh hilang selera makan dan berat badan turun (pada peringkat teruk).

Bagi yang mengalami ulser perut berkemungkinan akan muntah-muntah yang mengandungi darah ataupun berwarna gelap.

Lama kelamaan sakit gastrik boleh melarat menjadi ulser jika dibiarkan.

Anda boleh mencuba Set Gastrik Shaklee iaitu mengandungi ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

Bagaimana Set Gastrik ini berfungsi?

ESP (Energy Soy Protein)

Iaitu protein berasaskan soya sangat bagus untuk pesakit gastrik. Kerana kacang soya mempunyai tahap pH iaitu kealkaliannya yang tinggi dan ia sesuai untuk meneutralkan perut yang berasid disebabkan asid hidroklorik. ESP juga bertindak sebagai untuk mengantikan sel-sel yang telah terhakis dan digantikan dengan sel-sel yang baru.

Ostematrix

Mengapa pesakit gastrik perlu mengambil susu? Kerana bagi susu lembu adalah kurang keasidannya iaitu 6.4-6.8 pH menghampiri tahap pH neutral. Dan ostematrix Shaklee mengandungi kalsium bagi mereka yang tidak gemar minum susu.

Peppermint Ginger Plus

Mampu untuk mengurangkan ketidakselesaan perut disebabkan kembung, rasa mual atau loya disebabkan mengandungi halia, jintan hitam, dan jintan manis.

Boleh juga jika anda ingin menambah B Complex, anda tidak perlu mengambil semua vitamin di atas, pilih mengikut keperluan anda...


Jangan biarkan gastrik anda berlarutan hingga menganggu rutin seharian... 

Sekiranya anda berminat boleh hubungi Faz melalui

sms or what app
010-407 2414
sid:1105683
Faz

No comments: