Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia bukan kanser kerana cyst tidak merebak secara merbahaya. Ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan tanpa merebak ke tempat lain seperti paru paru dan hati.
Cyst
sebenarnya adalah poket/bola/kelompong nipis yang mengandungi air/bendalir dan
apabila ia berada dalam ovari, ia dipanggil ovarian cyst. Kelompong ini pada
asalnya adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur/ovum.
Namun, apabil kelompong ini tidak menetas apabila sudah
matang dan tidak mengeluarkan telur untuk disenyawakan, sebaliknya membesar
melebihi saiz 2cm, maka ia dinamakan ovarian cyst. Saiznya boleh bertambah
selagi ianya tidak menetas dan boleh menjadi seperti saiz biji kacang atau
sebesar buah tembikai.
Antara faktor penyebab cyst adalah
Antara faktor penyebab cyst adalah
- ketidakstabilan hormon
- genetik
- diet yang kurang sihat
Selalu
doktor akan suruh tunggu dan lihat. Cyst boleh mengecil dan mengecut sendiri.
Rawatan hormon juga boleh membantu mengawal cyst. Namun, jika ia semakin
membesar dan berubah bentuk, doktor akan mengesorkan pembedahan untuk
mengeluarkan cyst untuk mengelakkan cyst pecah sendiri dan mengakibatkan pendarahan
dalaman yang teruk.
Menurut
kata Dr.Zubaidi Hj.Ahmad, Ovarian Cyst
bukanlah bersifat penyakit. Sedikit petikan daripada Dr.Zubaidi,
"Pada
wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk
gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita.
Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada
sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst."
Kebanyakkan
wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian
ultrasound untuk mengenalpasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal
akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang
pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah
besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin
mebesar dan terus membesar.
Perlukah
di bedah?
Pembedahan
bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap
ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan.
Pembedahan
hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan.
1-
Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka
sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.
2-
Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada
pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya.
Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan
pecah dan ada kesan-kesan lain.
3-
Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya di sangka
ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagi ovarian cancer.
Walaupun
bukan semua ovarian cyst mesti dibuang, tetapi semua kes ovarian cancer
mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian yang bukan kanser
dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara
risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan di pertimbangkan jika
berlaku perkara-perkara berikut;
- Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari
- Ovarian cyst melebihi saiz 5cm
- Ovarian maish kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
- Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
- Pesakit tidak pernha mengalami kitaran haid langsung
- Menggunakan pil perancang kehamilan
- Pesakit telah menopause
- Pesakit adalah gadis remaja.
Apa
yang disenaraikan di atas adalah antara kriteria yang memungkinkan anda perlu
di bedah. Tetapi, jika anda mengalami salah satu kriteria itu, tidak bermakna
anda harus di bedah. Kerana ia bergantung juga pada pertimbangan doktor yang
merawat anda. Berbincanglah dengan doktor langkah terbaik yang boleh di ambil.
Jika
anda salah seorang daripada wanita yang mengalami Ovarian Cyst, jangan panik
dan jangan terus membuat keputusan untuk di bedah. Berbincang sehabisnya dengan
doktor dan minta nasihat dari doktor pakar. Kepada anda yang ingin dapatkan
rawatan alternatif dengan mengambil suppliment, bolehlah mencuba GLA COMPLEX Shaklee.
No comments:
Post a Comment