Thursday, 24 April 2014

Apa Itu Kencing Manis Lagi....



Tanda-tanda Menghidap Kencing Manis
  • Ada pesakit kencing manis yang tidak merasa tanda-tanda. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:
  • selalu kencing, terutamanya waktu malam.
  • dahaga yang keterlaluan.
  • lapar, oleh itu selera makan naik.
  • penurunan berat badan walaupun ada peningkatan selera makan.
  • rasa lemah badan.
  • pening dan muntah.
  • luka lambat sembuh.
  • mudah terkena jangkitan kulit.
  • kebas kaki dan tangan.
  • pemandangan menjadi kabur.
Bolehkah ia disembuhkan ?

Tidak. Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap, pengambilan ubat secara teratur akan membolehkan komplikasi yang sering berlaku seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau dilambatkan.

Mengandung

Selain daripada jenis-jenis di atas, orang yang mengandung juga boleh mengalami kencing manis (gestational diabetic). Selalunya ia bersifat sementara sahaja dan akan hilang bila anak dilahirkan. Ibu-ibu yang mengalami kencing manis jenis ini hendaklah menjaga pemakanan mereka. Ada juga yang memerlukan pengambilan insulin.

Komplikasi-komplikasi akibat sakit kencing manis

Sekiranya tidak ditangani dengan betul, kencing manis boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan, oleh itu pemeriksaan berjadual adalah sangat-sangat digalakkan.
  • hyperglycaemia.
  • penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, stroke dan kerosakan buah pinggang.
  • masalah mata seperti menjadi buta, cataracts dsb.
  • uka menjadi lambat sembuh dan boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di bahagian (selalunya) jari kaki dan kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu dipotong.
  • Jangkitan kuman senang berlaku. Bagi wanita selalu berlaku jangkitan pada alat sulit.
  • Kebas kerana kerosakan pada saraf.
Apa yang harus dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini ?

Pengambilan ubat-ubatan. Sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa ubat:

Ubat-ubatan konvensional : Ubat yang ada dipasaran adalah seperti Amaryl, Avandia, Daonil (glibenclamide), metformin (Glucophage), acarbose, Diamicron dsb. Jenama yang lebih baru seperti Diamicron, Amaryl dan Avandia adalah lebih berkesan. Kami tidak akan menghuraikan secara detail ubat-ubat ini. Setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil ubat-ubatan tersebut. Sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat-ubat ini.

Insulin: Insulin selalunya digunakan oleh pesakit Type I. Pesakit Type II juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat-ubatan yang diambil tidak lagi berkesan. Insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut. Ada 3 jenis insulin utama iaitu short-acting, medium acting dan long acting. Setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.

Makanan tambahan dan herba

Antara makanan tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah. Bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa kandungan gula di dalam darah mereka. Ubat biasa pula tidak boleh diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba-herba ini.
Persediaan herba seperti peria katak dsb. Ramai pelanggan kami yang menggunakannya dan mendapati herba-herba ini membantu mengawal kadar gula dalam darah mereka, sehinggakan ada di antara mereka yang tidak lagi perlu mengambil ubat biasa.

Gymnema. Herba ini sangat bagus sebagai 'penapis' gula. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia seperti Chitosan yang menapis lemak. Ambil herba ini (ada dalam bentuk teh) sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan. Boleh didapati dikebanyakan farmasi.

Chromium. Chromium memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor (GTF). Pesakit juga boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium.

Pesakit diabetik menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata. Ambil vitamin yang baik untuk saraf terutamanya B1, B6 dan B12.

Pemakanan harian yang lain

Pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam pengendalian kencing manis. Pesakit perlulah:
  • Makan makanan yang seimbang. Spirulina adalah produk yang baik untuk tujuan ini.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat.
  • Pengambilan makanan secara tetap, contohnya tiga kali sehari.
  • Cuba mengurangkan berat badan untuk mencapai berat ideal.
  • Karbohidrat ringkas hendaklah dijauhkan. Ini termasuklah gula (putih dan merah), glukosa (seperti Glucolin, dsb) dan madu. Antara contoh-contoh lain yang perlu pesakit jauhi ialah coklet, ais krim, minuman yang bergula seperti Milo, teh tarik, Coca Cola, Pepsi, dsb., air tebu, cendol, ais kacang, dan sebagainya.
  • Karbohidrat yang kompleks boleh diambil secara sederhana. Makanan jenis ini lebih lambat dicerna oleh badan, oleh itu ia tidak menyebabkan kenaikan kadar gula yang mendadak di dalam darah. Ini termasuklah nasi, kentang, jagung, kekacang, capati, thosai, oat, mi, roti wholemeal dan sebagainya.
  • Karbohidrat asli iaitu buah-buahan dan susu perlu juga diambil secara sederhana. Semua buah mengandungi gula, oleh itu pengambilannya hendaklah juga dihadkan. Begitu juga, jus buah-buahan walaupun ia tidak ditambah dengan gula, haruslah tidak diambil berlebihan. Susu pula mengandungi gula asli di dalamnya. Pengambilannya hendaklah tidak melebihi lebih kurang 240ml sehari.
  • Amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama Equal, Lo-cal, Nutra-Sweet, Pal-Sweet dsb. Ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada gula biasa. Kini terdapat jem buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Begitu juga, kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing manis.
  • Ambil lebih vitamin C dan Zink.
  • Pengambilan gamat (tanpa gula) untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Makanan yang boleh diambil tanpa had termasuklah:
Cecair - air kosong, kopi atau teh tanpa gula, dsb.
Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.
Herba seperti cili, lada, cuka, dsb






sumber : http://farmasianis.tripod.com/kencing_manis.htm

No comments: