Pengenalan
Glukosa atau gula
Makanan yang kita
ambil, terutamanya karbohidrat seperti nasi dan sebagainya, akan dicerna di
dalam sistem badan kita dan proses ini akan menghasilkan glukosa. Glukosa boleh
diserap oleh badan kerana saisnya yang kecil berbanding sais karbohidrat yang
besar. Glukosa adalah sumber utama tenaga kita.
Insulin
Insulin adalah
hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia berfungsi
mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita. Sekiranya kandungan gula
tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang lebih banyak. Insulin kemudiannya
akan membantu menurunkan kandungan gula di dalam darah. Insulin juga penting
dalam metabolisma dan penyimpanan protin dan lemak, selain daripada
karbohidrat.
Kencing
manis
Berbeza dengan
orang yang sihat, seorang pesakit kencing manis akan mengalami dua jenis
keadaan iaitu:
Kencing
manis
- kekurangan insulin.
- insulin resistance.
Bagaimana
ia bermula ?
Diabetes mungkin
atau mungkin tidak disebabkan oleh keturunan. Bagaimanapun ada beberapa keadaan
di mana penyakit ini lebih mudah menyerang, seperti berat badan berlebihan,
cara hidup yang tidak sihat, mengandung dan sebagainya.
Jenis-jenis
kencing manis
Ada dua jenis
kencing manis iaitu:
Type I -
badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula
yang meningkat. Kencing manis ini juga dikenali sebagai Juvenile-onset diabetes
kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile). Ia juga dikenali sebagai
Insulin-Dependant Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu
mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.
Type II - kencing manis jenis ini juga dikenali sebagai mature-onset diabetes
atau Non-Insulin Dependant Diabetes Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis
yang lebih biasa berlaku. Ia disebabkan oleh kekurangan insulin dan juga insulin
resistance (Sila lihat di atas). Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau
juga insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan
pemakanan mereka.
Perbezaan secara
ringkas kedua-dua jenis ini adalah seperti di dalam carta di bawah :
Type I (IDDM)
|
Type II (NIDDM)
|
Bermula pada usia muda, sehingga lebih kurang 16
tahun
|
Bermula lewat, selalunya melebihi 35 tahun
|
Bermula dengan cepat bila pengeluaran insulin dari
pankreas berhenti
|
Bermula secara perlahan-lahan (kronik)
|
Bukan secara keturunan. Mungkin disebabkan jangkitan
|
Penyakit keturunan
|
Pesakit tidak semestinya gemuk
|
Selalunya pesakit adalah orang yang gemuk
|
Memerlukan suntikan insulin di samping penjagaan
diet
|
Memerlukan ubat jenis makan dan juga penjagaan diet.
Sekiranya ubat tidak lagi berkesan, insulin diperlukan
|
No comments:
Post a Comment