Monday, 15 December 2014

Blog Berhabuk....


Assalamualaikum semua, huhuhuhu

Lamenye tak update blog ni, huhuhu

Kesian blog saya, heeeee

Disebabkan tanggungjawab yang semakin bertambah, tak cukup masa dan kaki tangan nak update blog, huhuhu

Tidak mengapa, lepas ni, Faz janji pada diri akan aktif blogging balik,hehehe


Insyaallah, 

Lain kali Faz coret lagi yer, hehehehe

Byeee,


Tuesday, 21 October 2014

Promo October 2014



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormone semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Cepat cepat, sape nak order, hubungi Faz yer....

010 407 2414
sms, what app, telegram, semua boleh yer,

Tuesday, 9 September 2014

Promo September 2014

Assalamualaikum semua....

Jangan lupe yer, bulan September 2014 promo,

Buy 6 Free 1

Cepat2, sape nak cantik boleh hubungi Faz yer, hehehe


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.






#sayajual
010 407 2414

Monday, 25 August 2014

Kenapa Shaklee?????

Assalamualaikum semua....

Macam mane nak mule yer, hehehe

Just nak kongsi cerita, macam mane faz boleh terlibat or joined Shaklee.......

Rasenye dalam tahun 2012, masa tu, faz baru pregnant, so excited la kan, so memang macam2 la yang dia google kan... 

Nak tahu ape yang boleh makan, ape yang bagus tuk baby, ape yang perlu di elakkan masa pregnant, memang semua mummy pun mesti nak berikan yang terbaik kan....

Then bermula la pencarian faz di google, dari pemerhatian faz, Shaklee ni mula berkembang di bahagian selatan malaysia, heeeeee dah macam sejarah pulak, hehehe cos ramai SID yang faz jumpa dari selatan, dan akhirnya faz pun berminat untuk mencuba set trial untuk 1st master pregnant, dulu ada tapi sekarang dah tak boleh jual set trial yer, SALAH ok.....

Then akak tu pun courier la, faz tak ingat sangat ape yang faz beli, tapi 4 jenis supplement la, kalau tak silap, Vitalea, SR Vitamin C, lagi dua jenis tak ingat la, akak tu siap bagi tupperware free lagi, hehehe

Tapi di sebabkan time preagnant faz tak boleh nak telan pil besar2 so memang tak habis la makan, huhuhu rugi jer beli kan, hehehe

Memang faz mengalami HB agak rendah tapi tak la rendah sangat, cukup2 jer la, hehehe so faz terpaksa minum susu untuk ibu mengandung, tapi takut juga nak minum banyak, cos ramai yang cakap badan cepat berisi n takut baby besar, so faz pun minum sekali sehari jer, hehehe nak jimat same, hahaha kedekut kan, heeeeeeeeee

Then baby faz selamat di lahirkan pada 19.12.2012, dan di beri nama Noor Anis Syarmila bt Syamirul, hehehe

Rupanya jodoh faz dengan Shaklee tak berakhir di situ, hehehe masa 1st time nak berpuasa sebagai mummy, memang agk risau susu akan drop, yaaaaa faz menghadapi masalah itu, huhuhu memang risau cos time tu, Anis baru 7 bulan dan faz pula bekerja, so stok susu semakin kurang, huhuhuhu 

Sekali lagi faz terpaksa search untuk mencari bantuan, then faz bertemu jodoh dengan Shaklee, kali ini faz order dengan member faz, ex student uitm arau, same course tp kelas lain, then dari dia la faz order set bajet menyusu, ESP + alfafa, lepas seminggu consume, Alhamdulillah, dah nampak hasilnya, seronok ok......... bekalan susu untuk Anis kembali bertambah, bersyukur sangat....

Then tiap2 bulan faz mesti beli, dan akhirnya, selepas melihat ramai kawan2 faz menyertai Shaklee, faz terfikir sendiri, ape kata kalau aku jadi ahli shaklee sendiri dan beli sendiri, dapat juga kumpul mata, even sikit tapi dapat juga cash back, cos ESP UV dia tinggi juga, hehehe

Then faz pun menyuarakan keinginan tuk menjadi ahli Shaklee pada mamy pia, hehehe then awal tahun 2014 faz pun selamat menjadi ahli Shaklee berdaftar dengan no SID 1105683, hehehehe

Mulenye faz join Shaklee sebab nak beli untuk makan sendiri jer, tapi lame2 rase seronok tengok orang lain berniaga dan faz pun mengubah niat untuk berniaga juga, hehehehe

Sebelum faz menjual or mencadangkan sesuatu supplement kepada orang lain, faz lebih dulu akan mencuba nya, then baru la yakin nak jual kat orang kan.....

haaa panjang lebar cerita faz, hehehe

so sape yang berminat nak join shaklee, jangan tunggu lagi, just bayar RM65 + RM10 tuk postage, anda sudah berdaftar sebagai ahli shaklee yang sah di Malaysia, semua nya semudah ABC....

Faz pun rase rugi sangat tak join Shaklee awal2, hehehe

Mase tu belum dapat keberanian untuk mencuba tapi sekarang, faz dan kesah ape orang nak cakap, faz berniaga untuk keluar dari kepompong, kalau orang lain boleh berjaya kenapa faz tak boleh, 

♥♥♥♥♥♥♥ FAZ BOLEH, PASTI BOLEH BERJAYA SPT ORANG LAIN ♥♥♥♥♥♥♥ 

 Akhir kata, sekiranya anda ingin menyertai Shaklee, hubungi Faz sekarang, 
anda boleh pm faz di fb, sms, what app bila2 sahaja, insyaAllah faz sedia membantu anda.... 010 407 2414, faz mungkin susah di cari di what app, hanya pm or sms faz no anda then faz akan hubungi anda dia what app atau wechat, faz juga ada instagram yer....

Jumpa anda nanti, jom kita berniaga, untuk pengetahuan anda, di Shaklee ramai bumiputra telah berjaya mencipta empire dan kejayaan yang sangat hebat.

Sunday, 24 August 2014

Tip Menyusu Di Khalayak





Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di khalayak. Selalunya ibu kelam kabut mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak di khalayak.

Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi. Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.

Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan tip berikut sebagai pembakar semangat untuk anda terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri

Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik kepada bayi.

2. Fokus

Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi

Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus

Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan

Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.