Sunday, 25 May 2014

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Isteri




Jika anda mempunyai masalah hormon yang tidak stabil atau pun anda seorang yang sudah berumahtangga dalam tempoh tertentu tetapi sehingga hari ini masih lagi belum dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk hamil, apa kata anda mencuba supplement Shaklee untuk tingkatkan kesuburan.Set Kesuburan Shaklee yang disarankan ini juga sebenarnya bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja untuk isteri malahan untuk suami juga.

1) Zinc Complex

 
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex
 
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.


TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:

1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Insha-Allah.

hubungi Faz untuk perbincangan yer

#sayajualshaklee
010 407 2414

sharing is caring

Thursday, 22 May 2014

Set Fibroid Shaklee

Jika anda disahkan mempunyai cyst atau fibroid dan disarankan untk menjalani pembedahan dengan segera, nasihat saya ialah dapatkan second opinion dari doktor yang lain sebelum setuju untuk menjalani pembedahan. Seeloknya, anda berjumpa dengan sekurang-kurangnya 2 orang doktor pakar yang lain. Jika anda seorang yang beragama Islam, anda boleh melakukan solat hajat & istikharah untuk mendapatkan gerak hati sama ada anda perlu menjalani pembedahan atau mencuba rawatan alternatif untuk mengecutkan cyst & fibroid tersebut.

Set Fibroid Shaklee boleh membantu anda mengecutkan fibroid & cyst dengan cara semulajadi tanpa anda perlu menjalani pembedahan. Bergantung kepada saiz & jenis ketumbuhan yang anda alami, Insya Allah set ini akan dapat membantu mengecutkan ketumbuhan tersebut secara perlahan-lahan.

Set ini terdiri daripada: 





GLA untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Tumbuhan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan fibroid. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telur yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.

Jika tiada ovulation, maka kandungan progesterone tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser. GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan anda sekali gus mencegah fibroid & kanser. 







Vitamin E & Vitamin C yang merupakan Anti oksidan yang kuat. Antioksidan adalah ejen pembasmi sel kanser & merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul yang boleh memusnahkan sel sihat. 




Alfalfa yang kaya dengan iodin. Dalam dunia perubatan, iodin telah lama digunakan untuk merawat cyst. 




Herbalax untuk detox & membersihkan usus.

Sebelum anda membeli, hubungi Faz dahulu untuk perbincangan yer, pembelian seharusnya mengikut keperluan anda....

#sayajualshaklee
010 407 2414


Ramai tidak sedar fibroid rahim

KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.
Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound.
“Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.
“Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya.
Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.
Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.
Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya.
“Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang.
“Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya.
Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor.


Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.
“Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya.
Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang.
Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.
“Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid.
“Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya.
Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu.
Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.
“Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.
Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.
Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan.
Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.
“Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.
Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.
“Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.
Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.

Coretan Ringkas Di Bukit Merah LakeTown Resort Part 2

Sambungan Cerita Kemarin, hehehe




 


Habis dah, hehehehe yang pasti semua dah terbakar kulit nye, hahaha

Mana tak terbakar kulit, main air time tengahari, hahahaha kami keluar pun dah hampir pukul 2 pm, punya seronok main, tak sedar masa berlalu, hahaha

Keluar jer, terus ke kedai untuk tengok gambar yg pihak Bukit Merah Laketown resort amik, instant gambar memang mahal la, hahaha

Tapi untuk kenangan amik juga la sekeping, melayang duit, hehehehe

Ulasan Ringkas: kalau untuk orang dewasa tak banyak yang menarik permainan nye, kalau untuk kanak2 or baby, macam anak Faz, ok la, tak bahaya sangat, hehehehe

Sila sila la pergi yer kalau nak tengok sendiri, hehehehe

*******************Sekian********************

#sayajualshaklee
010-407 2414

Wednesday, 21 May 2014

Coretan Ringkas Di Bukit Merah LakeTown Resort

Assalamualaikum, hehehehe

Just nak kongsi cerita pasal trip ringkas kami di Bukit Merah LakeTown Resort, bertolak dari taiping dalam pukul 9 lebih, pastinya pagi la, hehehe lepas sarapan ringan, terus gerak, husband cakap nak ikut jalan besa, tak nak naik highway, so terpaksa la guna khidmat waze cos tak tau jalan, hehehe. Dekat jer sebenarnya, dalam 30 minit jer, tapi sebab guna jalan besa, risau gak la, heeee
Bila dah hampir sampai, terlepas plak simpang nak masuk bukit Merah Laketown Resort, hehehe padahal memang dah ada signbord tapi sebab waze lambat bagitau, memang terlajak la, hehehe

Sampai sana dah pukul 10 lebih, tengok parking pun dah penuh, dah ada 3-5 biji bus persiaran, ada rombongan kilang dari Jitra buat family day kat situ, so memang ramai la, ingatkan orang tak ramai maklum la tengah bulan, hehehe

tag untuk masuk yer, jgn buang tau, hehehe tak pasal2 kena byr lagi nanti


Mule nye anis macam takut nak main air, tapi bile dah main, nak tinggal pelampung pun tak nak, hehehe





Anis dah makin seronok main air, hehehehe







nanti kita sambung lagi yer, hehehe 

#sayajualshaklee

Atasi Penyakit Tiroid Dengan Vitamin Shaklee



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jika kita imbas kembali kaedah rawatan konvensional terhadap penyakit tiroid, ternyata ia agak menakutkan kerana mempunyai kesan sampingan tertentu. Contohnya pesakit Hipotiroid (kekurangan hormone tiroid) yang diberi rawatan hormon boleh bertukar penyakit menjadi hipertiroid (berlebih hormon tiroid) akibat penggunaan hormon gentian yang perlu diambil sepanjang masa. Untuk info lanjut sila baca artikel yang saya kongsikan sebelum ini

Adakah terdapat rawatan semulajadi untuk mengatasi penyakit tiroid?

Ya, kami di Shaklee ada cadangan kepada mereka yang mengalami masalah tiroid iaitu dengan memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi supaya dapat membantu keseimbangan fungsi kelenjar tiroid. Ia turut bergantung kepada jenis tiroid yang dialami. Cadangannya adalah seperti berikut:


Cadangan untuk pesakit Hipotiroid

1. Vitalea (Multivitamin & Multiminerals)

 
 Vitalea mengandungi hampir kesemua vitamin & minerals yang diperlukan dalam badan kita. Ia termasuklah  Iodin, Vitamin A, D,E, B2, B3 dan Zinc, Selenium & Copper yang sangat diperlukan untuk pesakit Hipotiroid. Kesemua nutrient ini berupaya untuk merangsang pengeluaran hormone tiroid.

Vitalea tidak digalakkan diambil oleh pesakit Hypertiroid untuk mengelakkan perembesan hormone yang lebih tinggi.

2. Vitamin E Complex


Vitamin E Complex dari Shaklee mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang dapat membantu untuk perembesan hormone tiroid. Ia juga dapat mengelakkan masalah autoimmune yang merupakan salah satu punca masalah tiroid. 

Cadangan untuk pesakit Hipertiroid


ESP (Energizing Soy Protein)


ESP mengandungi estrogen semulajadi yang berupaya untuk merencatkan pengeluaran hormone tiroid dalam jumlah tertentu. Oleh kerana estrogen ini tidaklah terlalu tinggi, jadi ia tidak terus merencat secara 100%, tetapi boleh mengurangkan paras hormone tiroid dalam badan.

ESP tidak sesuai diambil oleh pesakit Hipotiroid kerana ia akan mengurangkan lagi kandungan hormon.

Selain dari cadangan diatas, pesakit Tiroid samada Hipo atau Hiper boleh mengambil sebarang Vitamin yang baik untuk badan dan mengandungi aktiviti Antioksida yang tinggi seperti B Complex, Vitamin C, Omega Guard (Omega-3) atau VIVIX. Kesemua cadangan ini adalah untuk menjamin kesihatan menyeluruh dan tubuh berfungsi dengan baik.

Jika fungsi tubuh teratur, kemungkinan besar masalah tiroid ini akan dapat sembuh dan tidak lagi perlu bergantung kepada rawatan konvesional yang terdedah kepada kesan sampingan. 

Berminat Untuk Mencuba, Boleh Hubungi Faz yer

010-407 2414
sms or what app
#sayajualshaklee

Penyakit Tiroid Kerap Melanda Wanita



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Penyakit tiroid menjadi antara penyakit yang biasa kedengaran berlaku di kalangan wanita. Yang paling ketara ialah pesakit tiroid akan mengalami leher yang membengkak. Ada antaranya tidak serius dan bersifat sementara tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan serius sehingga terpaksa menjalani pembedahan dan menanggung penderitaan sepanjang hidup.

Tiroid ialah satu organ berbentuk seakan rama-rama di saluran trakea. Ia berfungsi untuk merembeskan hormon tiroid yang bertanggungjawab untuk mengawalatur metabolisme dan suhu badan.  Ia juga berfungsi untuk menyokong setiap sistem dalam tubuh terutamanya untuk otak yang lebih fokus, pembuangan air besar, kitaran haid, dan kesihatan kulit, kuku dan rambut.  Hormon tiroid juga  bertanggungjawab untuk mengawal pembekalan tenaga kepada sel-sel badan.

GANGGUAN HORMON TIROID

Gangguan hormon tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Dianggarkan wanita mempunyai risiko 12 kali ganda daripada lelaki untuk mendapat gangguan hormone.  Gangguan hormone boleh berlaku dalam 2 situasi, iaitu HYPOTHYROID atau HYPERTHYROID.

HYPOTHYROID.

Hypothyroid ialah keadaan apabila kekurangan hormon tiroid.  Ia berlaku akibat faktor berikut:

    1. Hashimoto Tyroiditis – kelenjar tiroid membengkak dan tidak berupaya untuk menghasilkan hormone tiroid. Ia biasanya diwariskan secara genetik, dan sering menyerang wanita.
    2. Kesan rawatan hypertiroid – rawatan hypertiroid kadangkala menyebabkan kelenjar tiroid langsung tidak berfungsi dan memerlukan hormone gantian.
    3. Masalah pada kelenjar pituitary. Kelenjar Pituitary adalah organ yang merangsang kelenjar tiroid untuk berfungsi. Oleh itu jika berlaku kerosakan pada kelenjar Pituitary akan mengganggu fungsi tiroid.
    4. Kekurangan pengambilan iodine daripada diet harian.
Antara tanda-tanda seseorang mengalami sindrom Hypotiroid ialah:
  •           Kenaikan berat badan yang mendadak atau tiba-tiba
  •           Kulit yang kering
  •           Keguguran rambut
  •           Selalu lupa
  •           Kurang daya tumpuan
  •           Kerap letih
  •           Kerap merasa sejuk
  •           Sembelit
  •           Haid yang tidak teratur
  •           Lemah badan
  •           Kolestrol yang tinggi  
Rawatan Hypothyroid

Hypotiroid yang dikesan awal boleh dirawat, biasanya dengan rawatan gantian hormone tiroid iaitu hormone tiroksin. Hormon ini mungkin perlu diambil seumur hidup, oleh itu pesakit perlu membuat pemeriksaan secara berkala.

Jika tidak dirawat awal, hypotiroid boleh membawa kepada kegagalan hati dan masalah paru-paru berair. Ia juga boleh menyebabkan kematian.

HYPERTHYROID

Hyperthyroid berlaku apabila berlaku peningkatan hormoin tiroid yang berlebihan. Biasanya di disebabkan oleh beberapa factor iaitu:

    1. Grave Disease – keadaan dimana berlaku masalah autoimmune dalam badan. Sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan hormone yang berlebihan. Situasi ini boleh diwariskan sacara genetic dan biasanya berlaku kepada wanita muda.
    2. Tyroditis – keadaan dimana berlaku inflamasi pada kelenjar tiroid yang disebabkan oleh jangkitan virus atau masalah imunisasi sistem. Kelenjar akan luka dan menyebabkan hormone akan bocor kedalam saluran darah. Trytodis boleh berlaku secara tiba-tiba atau selepas mengadung. Namun ia biasanya berlaku secara sementara dan akan pulih kepada normal
    3. Ketumbuhan dalam kelenjar tiroid, akan menyebabkan kelenjar menjadi aktif untuk menghasilkan hormone.
    4. Berlebihan iodine dalam badan. Iodin didapati daripada makanan.
    5. Rawatan hormone yang berlebihan kepada pesakit hypotiroid. Pesakit hipotiroid tidak boleh mengambil hormone tirotoksin yang berlebihan atau tanpa pemeriksaan berkala.
Tanda-tanda Hyperthyroid ialah:
  •           Kekurangan berat badan yang mendadak (kurus mendadak) walaupun makan  berselera
  •           Degupan jantung yang kuat (sering berdebar-debar)
  •           Imsomnia (susah tidur)
  •           Mudah kena cirit-birit
  •           Mata membesar atau kelihatan seperti tersembul
  •           Rambut mudah luruh
  •           Haid tidak teratur – darah haid sedikit atau jarang dating haid
  •           Otot lemah, terutama di bahagian peha dan lengan atas
  •           Kuku cepat panjang
  •           Degupan jantung yang laju (>100 setiap minit)
  •           Tangan menggigil
  •           Kuat Berpeluh
Rawatan Hyperthyroid
  • Ubat anti-tiroid.  Ubatan ini akan menghalang kelenjar tidoid dari menghasilkan hormone. Akan tetapi rawatan ini ada side-effect.
  • Rawatan Iodin Radioaktif – pesakit perlu mengambil iodine untuk mematikan sel tiroid, seterusnya akan mengelakkan penghasilan hormon tiroid.
  • Pembedahan buang kelenjar tiroid. Selepas itu pesakit perlu mengambil hormone gantian seumur hidup
  • Beta-Blocker untuk mengurangkan degupan jantung. Ia tidak akan merendahkan hormone tiroid tetapi hanya meredakan gejala yang dihadapi oleh pesakit.

Walau apa pun rawatan hypothyroid atau hyperthyroid, pemeriksaan darah yang berkala perlu dilakukan dari masa ke semasa. Rawatan serta dos akan disesuaikan mengikut keputusan ujian darah yang dilakukan.