Thursday, 8 May 2014
Apakah Itu Slipped Disc Dan Bagaimana Mengurangkan Risikonya?
Pernahkan anda merasa sakit belakang yang melampau? Menurut kajian 80% orang dewasa pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Kebanyakan nya disebabkan oleh aktiviti harian yang lazim dilakukan tetapi dengan cara yang salah. Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki menjadi kejang dan ketika itu tiada apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kesakitan.
Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’, Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc).
Punca Berlaku Slipped Disc
Proses penuaan antara punca berlakunya Slipped Disc di mana ligament yang memegang disc itu menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc itu pecah.
Namun begitu, aktiviti harian yang dilakukan dengan cara yang salah juga mampu menyumbang kepada risiko slipped disc antaranya:
1. Membongkok terlalu lama
2. Mengangkat beban yang terlalu berat
3. cara mengangkat beban yang salah
4. duduk atau baring dalam posture badan yang salah
5. Kecederaan ketika bersukan (cth: mengangkat berat di gym)
Tanda-tanda Slipped Disc
Radang Bahagian Bawah Belakang
- Sakit yang melampau dan tiba-tiba. Biasanya berlaku di bahagian bawah belakang dan juga boleh berlaku di bahu serta tengkuk.
- Sakit di bahagian bawah belakang boleh menyebabkan sakit menyucuk-nyucuk di bahagian kaki dan tapak kaki. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh melarat dan menyebabkan lumpuh.
Labels:
Masalah Slipped Disc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment