Wednesday, 21 May 2014

Penyakit Tiroid Kerap Melanda Wanita



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Penyakit tiroid menjadi antara penyakit yang biasa kedengaran berlaku di kalangan wanita. Yang paling ketara ialah pesakit tiroid akan mengalami leher yang membengkak. Ada antaranya tidak serius dan bersifat sementara tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan serius sehingga terpaksa menjalani pembedahan dan menanggung penderitaan sepanjang hidup.

Tiroid ialah satu organ berbentuk seakan rama-rama di saluran trakea. Ia berfungsi untuk merembeskan hormon tiroid yang bertanggungjawab untuk mengawalatur metabolisme dan suhu badan.  Ia juga berfungsi untuk menyokong setiap sistem dalam tubuh terutamanya untuk otak yang lebih fokus, pembuangan air besar, kitaran haid, dan kesihatan kulit, kuku dan rambut.  Hormon tiroid juga  bertanggungjawab untuk mengawal pembekalan tenaga kepada sel-sel badan.

GANGGUAN HORMON TIROID

Gangguan hormon tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Dianggarkan wanita mempunyai risiko 12 kali ganda daripada lelaki untuk mendapat gangguan hormone.  Gangguan hormone boleh berlaku dalam 2 situasi, iaitu HYPOTHYROID atau HYPERTHYROID.

HYPOTHYROID.

Hypothyroid ialah keadaan apabila kekurangan hormon tiroid.  Ia berlaku akibat faktor berikut:

    1. Hashimoto Tyroiditis – kelenjar tiroid membengkak dan tidak berupaya untuk menghasilkan hormone tiroid. Ia biasanya diwariskan secara genetik, dan sering menyerang wanita.
    2. Kesan rawatan hypertiroid – rawatan hypertiroid kadangkala menyebabkan kelenjar tiroid langsung tidak berfungsi dan memerlukan hormone gantian.
    3. Masalah pada kelenjar pituitary. Kelenjar Pituitary adalah organ yang merangsang kelenjar tiroid untuk berfungsi. Oleh itu jika berlaku kerosakan pada kelenjar Pituitary akan mengganggu fungsi tiroid.
    4. Kekurangan pengambilan iodine daripada diet harian.
Antara tanda-tanda seseorang mengalami sindrom Hypotiroid ialah:
  •           Kenaikan berat badan yang mendadak atau tiba-tiba
  •           Kulit yang kering
  •           Keguguran rambut
  •           Selalu lupa
  •           Kurang daya tumpuan
  •           Kerap letih
  •           Kerap merasa sejuk
  •           Sembelit
  •           Haid yang tidak teratur
  •           Lemah badan
  •           Kolestrol yang tinggi  
Rawatan Hypothyroid

Hypotiroid yang dikesan awal boleh dirawat, biasanya dengan rawatan gantian hormone tiroid iaitu hormone tiroksin. Hormon ini mungkin perlu diambil seumur hidup, oleh itu pesakit perlu membuat pemeriksaan secara berkala.

Jika tidak dirawat awal, hypotiroid boleh membawa kepada kegagalan hati dan masalah paru-paru berair. Ia juga boleh menyebabkan kematian.

HYPERTHYROID

Hyperthyroid berlaku apabila berlaku peningkatan hormoin tiroid yang berlebihan. Biasanya di disebabkan oleh beberapa factor iaitu:

    1. Grave Disease – keadaan dimana berlaku masalah autoimmune dalam badan. Sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan hormone yang berlebihan. Situasi ini boleh diwariskan sacara genetic dan biasanya berlaku kepada wanita muda.
    2. Tyroditis – keadaan dimana berlaku inflamasi pada kelenjar tiroid yang disebabkan oleh jangkitan virus atau masalah imunisasi sistem. Kelenjar akan luka dan menyebabkan hormone akan bocor kedalam saluran darah. Trytodis boleh berlaku secara tiba-tiba atau selepas mengadung. Namun ia biasanya berlaku secara sementara dan akan pulih kepada normal
    3. Ketumbuhan dalam kelenjar tiroid, akan menyebabkan kelenjar menjadi aktif untuk menghasilkan hormone.
    4. Berlebihan iodine dalam badan. Iodin didapati daripada makanan.
    5. Rawatan hormone yang berlebihan kepada pesakit hypotiroid. Pesakit hipotiroid tidak boleh mengambil hormone tirotoksin yang berlebihan atau tanpa pemeriksaan berkala.
Tanda-tanda Hyperthyroid ialah:
  •           Kekurangan berat badan yang mendadak (kurus mendadak) walaupun makan  berselera
  •           Degupan jantung yang kuat (sering berdebar-debar)
  •           Imsomnia (susah tidur)
  •           Mudah kena cirit-birit
  •           Mata membesar atau kelihatan seperti tersembul
  •           Rambut mudah luruh
  •           Haid tidak teratur – darah haid sedikit atau jarang dating haid
  •           Otot lemah, terutama di bahagian peha dan lengan atas
  •           Kuku cepat panjang
  •           Degupan jantung yang laju (>100 setiap minit)
  •           Tangan menggigil
  •           Kuat Berpeluh
Rawatan Hyperthyroid
  • Ubat anti-tiroid.  Ubatan ini akan menghalang kelenjar tidoid dari menghasilkan hormone. Akan tetapi rawatan ini ada side-effect.
  • Rawatan Iodin Radioaktif – pesakit perlu mengambil iodine untuk mematikan sel tiroid, seterusnya akan mengelakkan penghasilan hormon tiroid.
  • Pembedahan buang kelenjar tiroid. Selepas itu pesakit perlu mengambil hormone gantian seumur hidup
  • Beta-Blocker untuk mengurangkan degupan jantung. Ia tidak akan merendahkan hormone tiroid tetapi hanya meredakan gejala yang dihadapi oleh pesakit.

Walau apa pun rawatan hypothyroid atau hyperthyroid, pemeriksaan darah yang berkala perlu dilakukan dari masa ke semasa. Rawatan serta dos akan disesuaikan mengikut keputusan ujian darah yang dilakukan.

No comments: