Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APA PENYEBAB MIGRAIN?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh
pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan
mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang
berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu
mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA
MIGRAIN?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala
berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun
ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan
mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan
boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan
aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2
cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya
berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA MIGRAIN ITU DIKESAN?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari
kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau
tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
- Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
- Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
- Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT
?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit.
Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah
berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan
dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.
sumber: http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/02/migraine/
2 comments:
nice info :)
Thanks 😊 sy bdk br bljr blogging, heee
Post a Comment