Monday, 21 April 2014

Perbezaan Antara Supplemen Dan Ubat....

Di Amerika Syarikat makanan tambahan (dietary suplemen) ditakrifkan sbg bahan yg boleh di makan @ diminum samada dlm bentuk vitamin, mineral, herba, asid amino @ campuran dari bahan2 lain.

Ia dipasarkan dalam bentuk pil, kapsul, tablet, @ bentuk cecair. Perlu di ingat ia hanya menambah keperluan makanan dan tidak boleh dianggap pengganti makanan.

Di Amerika Syarikat pasaran bagi suplemen sangat terbuka, sama ada boleh di dapati di kedai2 makanan kesihatan, kedai runcit, farmasi, di internet dan melalui pos.

Masyarakat telah menggunakan bahan2 aktif dlm produk supplemen @ makanan tambahan untuk beribu ribu tahun untuk membantu kesihatan dan untuk merawat penyakit.

Malah bahan-bahan ini telah menjadi asas kepada ubat ubatan yg biasa hari ini.

Sebagai contoh, orang orang di Eropah telah menggunakan kulit kayu pokok teh willow selama beabad abad untuk mengawal demam. Syarikat syarikat farmaseutikal akhirnya mengenal pasti bahan kimia dlm kulit pokok ini yg mengurangkan demam dan menggunakan pengetahuan ini utk menghasilkan aspirin dan dijual di pasaran.

Begitu juga dgn orang Asia yg telah menggunakan Kacip Fatimah selama berabad abad untuk memberikan kesejahteraan pada ibu ibu yg telah melahirkan anak dan berada dlm tempoh berpantang.

Baru baru ini saya mendapat khabar angin ada syarikat syarikat farmaseutikal antarabangsa yg mempunyai byk modal telah mengenal pasti bahan kimia dlm rebusan Kacip Fatimah dan ingin mengguanakan teknologi untuk menghasilkan estrak dan memasarkannya untuk jualan. 

Mereka mahu men'paten'kan produk mereka walaupun estrak Kacip Fatimah hanya banyak terdapat di Nusantara Melayu bukan di Eropah & di Amerika Syarikat.

Oleh kerana banyak kajian klinikal tidak dilakukan bagi membuktikan keberkesanan suatu produk suplemen, pembuat, pengeluar @ pengedar suplemen ini tidak boleh di sisi undang2 mengatakan bahawa suplemen @ makanan tambahan boleh mendiagnosis, merawat, atau mencegah penyakit.

Tetapi mereka boleh mengatakan bahawa produk mereka menyumbang kepada proses penyembuhan dan menggalakkan kesejahteraan diri. 

Jadi saya tidak menafikan terdapat suplemen yg baik & bermanfaat kpda diri dan harus digunakan jika mendapati ia sgt sesuai dan berguna, ada juga produk suplemen yg menipu.

Jadi berhati hatilah memilih produk suplemen yg dijual.

petikan dari page Dr.Zubaidi bertarikh 03.02.2014

sumber: http://drzubaidi.com/blog/perbezaan-antara-suplemen-makanan-tambahan-dengan-ubat/

No comments: