Mengenalpasti Ciri-ciri Perkembangan Permainan yang Abnormal
Bermain juga adalah sangat penting dalam membentuk kemahiran intera
personal dan sosial kanak-kanak. Sebagai ibubapa, anda perlu tahu
mengenalpasti ciri kanak-kanak yang mengalami masalah bermain antaranya
adalah:
-
Takut pada pergerakan tertentu contohnya terlalu pantas, perlahan, tinggi atau rendah.
-
Kurang aktif atau berminat pada aktiviti yang melibatkan duduk.
-
Masalah dalam pengendalian peralatan permainan dan kurang berminat untuk meneroka permainan.
-
Masalah tingkahlaku contoh terlalu ganas atau terlalu aktif.
-
Kurung tumpuan.
-
Kurang berminat pada permainan yang berunsurkan struktur atau bentuk susunan dan imaginasi.
-
Kurang sosial interaksi atau komunikasi.
-
Bahasa pertuturan yang terhad.
-
Kurang berminat untuk bermain dan memerhati kanak-kanak lain bermain.
-
Kurang berminat pada persekitaran ketika bermain contohnya duduk bermain di tempat yang sama atau takut untuk menerokai permainan baru.
-
Kurang minat dan memahami konsep asas seperti nombor, huruf, bentuk dan warna.
-
Kurang kemahiran atau kebolehan merancang permainan yang melibatkan pergerakan motor, kognitif dan tingkahlaku.
Pendekatan Pemulihan
Peranan ibubapa adalah sangat penting dalam meningkatkan kemahiran
bermain. Sebagai orang dewasa antara peranan yang boleh membantu dalam
perkembangan bermain adalah dengan memberi sokongan, tunjuk ajar, masa
dan ruang untuk kanak-kanak mengembangkan kebolehan bermain mereka tanpa
paksaan.
Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam meningkatkan perkembangan permainan antaranya:
-
Dengan mengubah persekitaran menjadi lebih interaktif untuk kanak-kanak bermain contohnya permainan yang berwarna terang atau yang menghasilkan bunyi menarik minat kanak-kanak untuk menerokai permainan tersebut.
-
Meningkatkan permainan berupa pelbagai jenis sensori contohnya melompat, merangkak, membaling atau menangkap bola.
-
Mengalakan sokongan dengan mengalakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain.
-
Mengubah atau mengadaptasi permainan supaya kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti bermain.
-
Menyediakan kad bergambar dalam meningkatkan pemahaman kanak-kanak semasa bermain.
Di Malaysia, khidmat nasihat dan rujukan berkaitan perkembangan
kanak-kanak boleh dilakukan di semua hospital kerajaan dan swasta.
Antara profesional yang terlibat adalah Pakar Perubatan Pediatrik,
Pegawai/ Jurupulih Perubatan Carakerja dan Jurupulih Perubatan Anggota.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/tumbesaran-a-perkembangan/permainan-mengikut-tahap-perkembangan-kanak-kanak
No comments:
Post a Comment