Monday, 9 June 2014

Permainan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-kanak (Part 1)

Pengenalan

Adakah anak anda mempunyai masalah bermain? Berapa lamakah anak anda bermain? Tahukah anda jenis permainan yang sesuai untuk anak anda? 

Sebagai ibubapa pasti banyak persoalan yang anda ingin tahu tentang perkembangan anak anda. Mari kita bincangkan persoalan itu bersama-sama.

“Bermain” boleh di definisi sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengembaraan dan pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan.

Tahap dan Jenis Permainan

Permainan boleh diketogerikan kepada 5 jenis permainan mengikut tahap umur kanak-kanak.

UMUR
JENIS PERMAINAN
HURAIAN
0 - 2 tahun
Permainan Solitari / Individu
Situasi dimana kanak-kanak bermain seorang diri.
Contoh:
0 - 6 bulan :
  • Memasukan barang ke mulut
  • Mencapai, mengutip dan mengenggam
    mengunakan tangan.
  • Bermain sendiri mengunakan permainan seperti rattle.
       
6 - 12 bulan :
  • Melihat dan meniru.
  • Pergerakan mengulang seperti menepuk tangan, membuang permainan.
  • Suka permainan mudah peek –a- boo.
  • Meneroka permainan mengunakan tangan dan mulut.
12 - 18 bulan:
  • Mengetuk dua barang / objek dan mengenalpasti bunyi.
  • Mengulang perbuatan
  • Bermain dan bercakap seorang
18 – 2 tahun:
  • Belajar mencuba dan melakukan kesalahan
  • Meniru gaya permainan kanak-kanak lain atau  orang dewasa
  • Melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak mengambil bahagian
  • Suka bermain dengan orang dewasa.
  • Suka permainan yang berulang seperti meletak dan mengeluarkan objek serta menselerakan.
2 – 2.5 Tahun
Permainan Spectator
  • Situasi dimana kanak-kanak menonton atau melihat kanak-kanak lain bermain.
2.5 – 3 Tahun
Permainan Selari
  • Situasi dimana kanak-kanak bemain bersebelahan atau dalam kumpulan yang sama dengan mengunakan permainan yang sama tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain.
     
3 – 4 Tahun
Permainan Asosiatif/ Perkongsian
Situasi kanak-kanak mula bermain bersama dengan mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain.
Contoh:
  • Mengenal pasti bentuk, huruf dan warna
  • Cuba menyelesaikan jigsaw puzzle yang mudah.
  • Bermain bersama kanak-kanak lain.’
  • Suka bertanya dan mendapatkan kepastian seperti kenapa dan bagaimana.
     
4 – 6 Tahun
Permainan Kerjasama
Situasi dimana kanak-kanak berinterksi, mengambil bahagian dalam permainan, berkongsi, berkerjasama, berunding dan membuat keputusan dalam pemilihan permainan.
Contoh:
  • Belajar menggunakan dan mempelajari penggunaan simbul dalam penulisan dan bacaan.
  • Menunjukkan kefahaman berdasarkan pengalaman yang dialami.
  • Faham arahan dan undang-undang mudah dalam permainan.
  • Menunjukan sikap kerjasama, menunggu giliran dan gembira dalam permainan.
     

sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/tumbesaran-a-perkembangan/permainan-mengikut-tahap-perkembangan-kanak-kanak

No comments: