Apakah itu kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang
diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol
daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan
kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui
darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat
dua jenis kolesterol yang utama iaitu:
Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan
dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah
dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan
saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam
saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.
Saranan Pengubahsuaian Diet
-
Untuk mencapai dan mengekalkan paras kolesterol dalam julat normal.
-
Untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Terapi diet dapat menurunkan jumlah kolesterol sebanyak 10-15%.
Contoh Makanan Tinggi Kolesterol
Makanan
|
Sukatan/ Berat (g)
|
Kolesterol (mg)
|
|---|---|---|
| Hati lembu |
½ cawan (124)
|
356
|
| Hati ayam |
2 ketul (105)
|
353
|
| Telur itik |
1 biji (73)
|
243
|
| Telur puyuh |
5 biji (60)
|
188
|
| Udang |
3 oz.
|
166
|
| Telur ayam |
1 biji (53)
|
157
|
| Ikan bilis |
½ cawan (28)
|
86
|
Jom sihat bersama SHAKLEE....
Hubungi Faz untuk pertanyaan....
010 407 2414
sms or what app cepat
No comments:
Post a Comment