-
Hadkan penggunaan makanan tinggi kolesterol
-
Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 2 biji seminggu.
-
Hadkan makanan yang dibuat daripada kuning telur seperti kek dan biskut krim.
-
Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti otak, hati, hempedal dan limpa.
-
Elakkan bahagian kepala atau telur pada makanan laut seperti ikan (kari kepala ikan), udang dan ketam.
-
-
Modifikasi penyediaan makanan/ resipi
-
Buang lemak dan kulit yang terdapat pada ayam/daging sebelum memasak.
-
Pilih kaedah memasak yang sihat (kukus, rebus, panggang dan bakar).
-
Kurangkan penggunaan minyak semasa memasak, contohnya dengan penggunaan kuali tidak melekat (non stick-pan).
-
Guna minyak campuran (blended oil) untuk memasak.
-
Disarankan meningkatkan pengambilan asid lemak omega 3 seperti ikan (salmon, kod, tuna, herring dan jelawat), walnut, minyak flaxseed dan sayur berdaun hijau.
-
-
Tingkatkan pengambilan serat makanan
-
Amalkan mengambil 20-25 g serat sehari, iaitu melalui 2 hingga 3 hidangan buah-buahan, 3 hingga 4 hidangan sayur-sayuran dan 5 hingga 7 hidangan bijirin penuh.
-
Amalkan mengambil serat larut air (soluble fibre) sekurang-kurangnya 10-15 g sehari untuk menurunkan paras kolesterol LDL.Contoh Menu Rendah Kolesterol
Sarapan Pagi: Roti mil penuh + marjerin lembut : 2 keping Susu soya tanpa gula
Makan Tengah hari: Nasi : 1 mangkuk Ikan masak singgang : 1 ketul Kobis tumis air : ½ cawan Kangkung tumis air : ½ cawan Minyak PUFA : 1 sudu makan Betik : 1 keping
Minum Petang: Sandwic sardin : 2 keping Teh + susu rendah lemak + gula : ½ cawan + 1 sudu teh
Makan Malam: Capati : 1 keping Ayam kari tanpa santan : 1 ketul Dhal : ½ cawan Bayam : ½ cawan Minyak PUFA : 1 sudu makan Jambu batu : 1 keping Jom Sihat Bersama SHAKLEE....Anda Sihat Keluarga Bahagia....hubungi Faz untuk pertanyaan........010 407 2414sms or what app
-
Tuesday, 10 June 2014
Diet Rendah Kolesterol (Part 2)
Labels:
Diet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment