Dalam soal pengurusan kewangan keluarga, anda berdua perlu ada formula
dan kaedah yang berkesan. Jom semak kaedah tersebut, mana tahu ia
bermanfaat untuk kewangan keluarga anda.
1. Simpan untuk diri (dan keluarga) anda dahulu! Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gaji bulanan untuk membayar bil, hutang, membeli barang dan sebagainya terlebih dahulu, kini berikan keutamaan kepada menyimpan wang untuk diri sendiri dahulu. Tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar, pastikan anda menyimpan dan melaburkan duit untuk diri (dan keluarga) secara konsisten. Anda boleh bermula dengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pada tahun-tahun berikutnya.
2. Elak pembaziran. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, anda tidak perlu membeli barangan bayi yang berjenama mahal jika jenama yang sederhana atau murah mampu memenuhi keperluan si comel.
3. Buat bajet, tulis dan patuhinya! Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar atau “dalam kepala” sahaja, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yang tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.
4. Elak emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan. Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yang akan terlintas difikiran anda. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya dan selebihnya digunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada.
5. Libatkan si kecil. Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar atau tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukan ialah dengan membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dengan cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung dan menyimpan daripada usia muda lagi.
6. Sediakan dana kecemasan. Dana kecemasan merujuk kepada sejumlah
wang yang anda peruntukkan untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa
musibah/kemalangan yang tidak diingini. Biasanya, anda dinasihatkan
untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak tiga hingga enam bulan
perbelanjaan bulanan anda. Dengan wujudnya dana kecemasan, anda akan
berupaya mengharungi segala masalah berkaitan kewangan dengan tenang
dan terkawal. Dana kecemasan yang mencukupi juga akan memastikan cara
hidup kita tidak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan.
sumber : http://pama.karangkraf.com/tip-rancang-kewangan-keluarga-1.305586
1. Simpan untuk diri (dan keluarga) anda dahulu! Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gaji bulanan untuk membayar bil, hutang, membeli barang dan sebagainya terlebih dahulu, kini berikan keutamaan kepada menyimpan wang untuk diri sendiri dahulu. Tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar, pastikan anda menyimpan dan melaburkan duit untuk diri (dan keluarga) secara konsisten. Anda boleh bermula dengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pada tahun-tahun berikutnya.
2. Elak pembaziran. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, anda tidak perlu membeli barangan bayi yang berjenama mahal jika jenama yang sederhana atau murah mampu memenuhi keperluan si comel.
3. Buat bajet, tulis dan patuhinya! Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar atau “dalam kepala” sahaja, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yang tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.
4. Elak emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan. Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yang akan terlintas difikiran anda. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya dan selebihnya digunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada.
5. Libatkan si kecil. Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar atau tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukan ialah dengan membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dengan cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung dan menyimpan daripada usia muda lagi.
sumber : http://pama.karangkraf.com/tip-rancang-kewangan-keluarga-1.305586
No comments:
Post a Comment