Friday, 15 August 2014

Petua Petua Petua

Petua Mudah Bersalin

kelapa

Semakin menghampiri tarikh bersalin, semakin berdebar hati mama. Kata orang ada macam-macam petua boleh diamalkan untuk memudahkan proses melahirkan anak.
 
Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan ibu yang sudah genap sembilan bulan mengandung supaya mengamalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala bayi waktu keluar dari vagina ibu.
 
Amalkan minum air kelapa satu gelas, dua hingga tiga kali dalam masa seminggu apabila semakin mahmpir dengan tarikh bersalin. Ada juga yang memberikan petua agar ibu hamil mengamalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia enam bulan ke atas. Sebaiknya minyak tersebut hendaklah yang dibuat sendiri

Petua Rawat Batuk Selesema

Masalah selesema sememangnya perkara normal dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Dianggarkan dalam setahun mereka berisiko dijangkiti selesema sebanyak lapan hingga 12 kali.
Selain mendapatkan rawatan moden ubat-ubatan yang diberikan doktor, tidak salah anda cuba petua tradisional yang dapat membantu mengurangkan masalah selesema si kecil.

Minyak bawang putih

Panggang bawang putih dengan kulit sehingga masak atau kulitnya berwarna kehitaman. Kemudian lenyekkan pada minyak masak. Sapu di dada anak ketika batuk dan selesema.
 
Stoking bawang putih (Garlic socks

Letak bawang putih pada stoking anak. Pakaikan anak stoking berlubang besar seperti jenis berkait atau yang berlubang-lubang.  Kemudian ambil sehelai lagi stoking dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tetapi tidak perlu lumat.
Untuk bayi ambil separuh bawang putih sahaja kerana ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna dua helai stoking berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.
Untuk anak yang lebih besar, boleh guna sehelai stoking sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai anti virus .
 
Bawang merah

Potong bawang merah kepada dua bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama tiga hari berturut-turut. Bawang akan menyerap semua virus-virus di udara. Jangan guna bawang yang sudah terdedah tersebut dalam sebarang masakan.

Rawat Masalah Mata Rabun

rabun 

Masalah mata rabun kini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa. Kanak-kanak juga semakin ramai yang mengalami masalah rabun. Oleh kerana risiko mereka terdedah kepada masalah rabun semakin meningkat, anda sebagai ibu bapa perlu mengambil langkah awal untuk mengelakkannya.
Penjagaan dari kecil terutama dalam bab pemakanan boleh membantu pencegahan awal masalah mata rabun. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti lobak merah, epal, manggal dan betik. Ia membantu mengurangkan masalah mata rabun bahkan jika yang sudah ada masalah rabun, jika mengamalkan pemakanan sihat ini ia mampu mengurangkan tahap rabun anda.

Anda juga boleh mengambil CAROTOMAX Shaklee untuk mengatasi masalah rabun, hehehe

 

No comments: